CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 29, 2012

Pasangan Sempurna?

Kamu...menyempurnakan saya!
Aku tersenyum...itu MMS percuma dari Maxis, "Pasangan Sempurna".
Hati bertanya, APA ITU SEMPURNA?

Ramai orang mencari kesempurnaan. Bercakap pasal Pasangan Sempurna - aku tersenyum, amat dalam maksudnya.

Ada orang mahu mencari pasangan sesempurna Nabi Muhammad s.a.w (walau diri tak sehebat Siti Khatijah).
Pasti ramai yang melihat aku sebagai seorang perempuan yang mementingkan kesempurnaan dalam soal jodoh.
Oh yea, can't blame them lo...I am 29th plus and single!

Truly, honestly...aku tidak mencari sempurna.
I'm waiting for my other half to complete me.
I found a man when he still a boy, since we were 18th. (and now we're almost 30th)
He isn't a money maker. He isn't a 'too good looking' guy. Bukan persis Bill Rancic la.
But he's my man. The one who always knows how to put smiles on my face. The one who could understand my pain. The one with soothe sweet face. The one who I want to be with. The perfect other half of mine.

However.... unfortunately,
I am NOT HIS PERFECT SOUL-MATE.
He walked away. And all I could do is let him go.

Dear you, my pray is always for your happiness.
Keep walking, forget my existence.
I'll know you'll find your tulang rusuk kiri.

Janji Allah sentiasa benar. Aku yakin itu. Pasti.





Tuesday, February 28, 2012

Perjalanan Abadi



Hidup adalah satu perjalanan, bukan destinasi.
Tapi kita terlalu leka dalam meniti perjalanan ini, sedangkan hidup adalah satu perjalanan yang singkat.

Tiap kali aku nak ke mana - mana sama ada working trip ataupun travel dengan rakan - rakan jelitawan, pastinya aku akan cuba lengkapkan keperluan semasa trip tersebut - sama ada duit, pakaian, passport dan sebagainya. Itu hanya untuk satu trip atau perjalanan yang singkat, terlalu singkat jika dibandingkan dengan alam hakiki. Bezanya kita tahu tujuan kita dan masa perjalanan tersebut.

Tetapi, perjalanan menuju Tuhan, menuju dunia abadi berbeza.
Jauh sekali berbeza.
Mungkin panjang, mungkin pendek.
Namun, ranjau perjalanan kita boleh tentukan.
Mahu jalan yang susah atau yang senang?
Ada banyak perkara yang kita tidak pasti tetapi kita telah diberikan terlalu banyak peringatan.
Pelbagai tips dan tunjuk ajar untuk menghadapi jalan - jalan ini telah diberikan melalui Al-Quran dan Hadis.
Agaknya berapa ramai di antara kita yang rajin / minat membaca travelog menuju Tuhan?

Mungkin tidak tersohor seperti travelog yang lain. Kenapa?
Kerana kita sentiasa fikirkan masih banyak masa untuk persediaan perjalanan menuju Tuhan.
Pastikah?
Aku yakin tiada siapa yang boleh tersenyum dan mengangguk "YA!".
Mungkin esok, mungkin lusa...kita akan bertolak untuk ke hentian seterusnya, alam barzakh.

Manusia...termasuk aku sendiri - sibuk dengan dunia.
Berkerja, mencari harta dan kesenangan duniawi.
Harta adalah sesuatu yang kita akan tinggalkan sebelum kita ke hentian seterusnya.
Kita leka, alpa dan lupa untuk menyediakan bekalan yang kita patut bawa ke hentian seterusnya.
Apakah bekalan itu?
Amal dan keberkatan Ilahi.


Oleh itu, ayuh kita mula persiapkan diri untuk PERJALANAN ABADI!
Aku pasti, semua orang akan dapat menyertai perjalanan ini.

p/s : tak perlu susah payah tunggu promo tiket Airasia :p


Thursday, February 23, 2012

Bandung - #1


Finally 15 Februari tiba. Pepagi lagi terpaksa bangun untuk kejar flight dari KBR to KUL jam 8.00am.

Isk, flight ke Bandung jam 3.30 petang. Flight dari KBR ada pukul 8.00am, 11.++am, 1.++pm, 3.++, we had decided nak amik flight pukul 8am sebab selalunya flight jam 11 lebih tu delay ke pukul 1 lebih. Huhu karang tak sempat check - in before 2 jam pulak.

Pukul 9 dah sampai LCCT KL, dok melangut la jawabnya nak tunggu pukul 3.30pm. Bag pulak hanya boleh check-in pukul 11.30am...huhu memang melangut la jawabnya.

Breakfast bubur ayam mcD dan terus cuba membuang masa yang ada. For this trip, hanya berdua. Pi pun 4 hari je...dua hari dah travelling day. Tetiba my travel mate, Fizah kuarkan buku kecil dan itinerary ticket. Nak buat apa? Kira budget - oh...betul jugak. This time niat SHOPPING. Hoho nama lagi pi Bandung - Shopping Heaven sih.








Its take about 2 hours from KL to Bandung. Tapi ini flight Air Asia Indonesia. So main language adalah Bahasa Indonesia.  But of course mostly yang travel tu orang - orang Malaysia.


Pukul 5.30 pm tiba di Bandung, Bandara Husein Sasteranagara (Airport). Lama tunggu nak lepas pemeriksanaan kastam dan imigresen sebab hanya ada 2 kaunter. Huhu...lebih setengah jam nak check out.





Terus amik cab ke Hotel Patradisa. Macet! Tambang ke hotel dalam IDR 35,000. Oklah tu, reasonable price. Di airport ada money changer tapi mahal rate nya so jangan tukar duit kat situ. Ada tempat lagi murah. Ada orang jual simcard jugak...harga sampai IDR 50,000. Sangat mahal...so jangan beli. Tunggu sampai ke bandar ada yang lebih murah.

Sampai ke hotel, rehat, solat.
Malam keluar diner..jupa Naya - my facebook friend :P

Makan agak mahal...nasi goreng pun dah Rp 14,000. Teh Manis dah Rp7,000.
Tapi kenyang jugak...

Rehat rehat rehat...kumpul tenaga untuk esok.



Monday, February 20, 2012

Bandung!

Its was....

The Flyer

 Fascinating journey.


Nice peoples.

Beautiful languages. 

Great Cultures.

Shopping Heaven.


Heavy traffic.

Musical Surrounded.

Hated beggar.



The Traveller



Love,

Monday, February 13, 2012

Self-soothe in My Way

I don't how why I always take GOOD food to soothe myself.

I really enjoy the texture and taste. The softness of a slice of cheese cake, or the cold chocolaty ice-cream and also the sweet but crunchy almond nuts in your mouth - at least they can kiss all your problems away. At least while you enjoying the great taste.

All time favourite - chezzy choc from Secret Recipe.
Topped with Almonds....yummy.


So irresistible - Almond chocolate from Vochelle.
But it could be better if you have a great company.
The one who also can enjoy the food together- sharing a great moment :)

Unfortunately FOOD won't help to solve your problem.
But for me, they really help in soothing myself.
So bila dah soothe, otak lebih waras. Impaknya, lebih mudah dapat fikiran penyelesaian / solution yang paling tepat.


Saturday, February 11, 2012

Seruan dari Rumah Allah

InsyaAllah setelah bertahun - tahun niat yang terdetik di hati mungkin akan terlaksana Mac ini.
Hati tersenyum riang.
Jujurnya ada ketakutan.
Mahu ke rumah Allah dengan penuh kekurangan...kerdilnya diri.
Hinanya aku ini, hamba-Mu.


Semuanya tiba - tiba...
Niat berdua. Tapi bertambah menjadi berempat.
InsyaAllah jemputan itu akan tersahut jua.






Wednesday, February 8, 2012

800

Good Morning...
Pepagi ni mata asyik nampak no 800 je...
Bukan soal naik gaji sebab SBPA, tapi dalam tahun Naga nie ditambah pulak nombor tertutup 8-0-0 agaknya sebab tu companies besar guna nombor ni kot :D chinese said ÄDA ONG!

Okeh berbalik pada kisah 800...
Nak dijadikan cerita semalam ternampak dua post di FB pasal NIKON D800E tapi tak review pun.
Pagi tadi masa breakfast sambil layan Hello On 2 pulak ada review pasal NOKIA Lumia 800.
Wah...wah...dan wah sekali lagi. Menarik ni jeck....
Tapi for sure...harga tak payah citer la kot.


NIKON D800 / D800E

Baby baru ini dikatakan lebih hebat dari kamera DSLR yang sedia ada. Dengarnya mereka - meraka yang pakai Nikon D700, EOS 5D Mark II pun dah ada ura - ura nak jual kamera diorang sebab nak grab kamera ni. Tapi price belum keluar lagi ni...product pun belum launch lagi.



Okeh mari kita tengok spec yang dah diwar-warkan...

  • 36.3-megapixel FX-format CMOS sensor
  • 91,000-pixel RGB Matrix Metering System
  • Advanced scene recognition system
  • 51-point AF system (15 cross-type sensors)
  • Multiple AF modes (e.g., normal, wide area, face tracking, and subject tracking)
  • Full HD 1080p video, with full manual control and uncompressed HDMI output
  • ISO 100 to 6400 (50 to 25600 expanded)
  • Shooting in different aspect ratios (e.g., 5:4)
  • In-camera High Dynamic Range (HDR) image capture
  • 3.2-inch, 921,000-dot LCD monitor with automatic brightness control
  • HDMI port (8 bit, 4:2:2)
  • Dedicated headphone jack
  • Audio output level adjustment (30 steps)
  • High-fidelity audio recording control (levels set and monitored on LCD)
  • Stereo microphone jack
  • 4 fps continuous shooting (6 fps in DX mode using the optional battery pack)
  • USB 3.0 support
Hee...terliur tak? 36.3 MP. Dasat!
Berapa ribu la ni agaknya...

Jom tengok lebih lanjut kat link ni..



NOKIA LUMIA 800

Mungkin Nokia berharap smartphone baru ni boleh mengatasi dominasi iPhone yang menjadi idaman ramai orang kat dunia ni. Tak termasuk aku la sebab aku pakai Nokia buruk - buruk je...tak kuat jiwa nak spend duit untuk gadjet yang aku surely letak merata - rata macam handphone nie. 


But what really catch my eyes about this brand new smartphone is the colour. So bright. So trendy la jeck. And what more important is 8 MP Auto Focus with Carl Zeiss Optic. Tu pasal aku sayang N97 aku ni sebab ada Carl Zeiss camera jugak. Menarik menarik tertarik sih... Lepas ni maybe tak perlu nak angkut my EOS 550D selalu :D Tapikan...tak boleh video call tau, takde front camera.

  • 3.7 ''
    Display size
  • 8 megapixels 
    Primary camera sensor size
  • 142 g
    Weight
  • 9.5 h
    Maximum 3G talk time
  • 335 h
    Maximum 3G standby time
  • 55 h
    Maximum music playback time
  • 6.5 h
    Maximum video playback time

Jom tengok lebih lanjut :


Huh...tapi macam tak boleh jer nak spend duit for handphone tahun ni. Setelkan dulu projek kereta dan travelling before 30th :D

Chow sin....back to work!