CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 28, 2012

Perjalanan Abadi



Hidup adalah satu perjalanan, bukan destinasi.
Tapi kita terlalu leka dalam meniti perjalanan ini, sedangkan hidup adalah satu perjalanan yang singkat.

Tiap kali aku nak ke mana - mana sama ada working trip ataupun travel dengan rakan - rakan jelitawan, pastinya aku akan cuba lengkapkan keperluan semasa trip tersebut - sama ada duit, pakaian, passport dan sebagainya. Itu hanya untuk satu trip atau perjalanan yang singkat, terlalu singkat jika dibandingkan dengan alam hakiki. Bezanya kita tahu tujuan kita dan masa perjalanan tersebut.

Tetapi, perjalanan menuju Tuhan, menuju dunia abadi berbeza.
Jauh sekali berbeza.
Mungkin panjang, mungkin pendek.
Namun, ranjau perjalanan kita boleh tentukan.
Mahu jalan yang susah atau yang senang?
Ada banyak perkara yang kita tidak pasti tetapi kita telah diberikan terlalu banyak peringatan.
Pelbagai tips dan tunjuk ajar untuk menghadapi jalan - jalan ini telah diberikan melalui Al-Quran dan Hadis.
Agaknya berapa ramai di antara kita yang rajin / minat membaca travelog menuju Tuhan?

Mungkin tidak tersohor seperti travelog yang lain. Kenapa?
Kerana kita sentiasa fikirkan masih banyak masa untuk persediaan perjalanan menuju Tuhan.
Pastikah?
Aku yakin tiada siapa yang boleh tersenyum dan mengangguk "YA!".
Mungkin esok, mungkin lusa...kita akan bertolak untuk ke hentian seterusnya, alam barzakh.

Manusia...termasuk aku sendiri - sibuk dengan dunia.
Berkerja, mencari harta dan kesenangan duniawi.
Harta adalah sesuatu yang kita akan tinggalkan sebelum kita ke hentian seterusnya.
Kita leka, alpa dan lupa untuk menyediakan bekalan yang kita patut bawa ke hentian seterusnya.
Apakah bekalan itu?
Amal dan keberkatan Ilahi.


Oleh itu, ayuh kita mula persiapkan diri untuk PERJALANAN ABADI!
Aku pasti, semua orang akan dapat menyertai perjalanan ini.

p/s : tak perlu susah payah tunggu promo tiket Airasia :p


No comments:

Post a Comment